Monday, January 15, 2007

Bihun Goreng


bihun goreng untuk jamuan hari raya aidil adha MML




telur dadar gulung




ada udang di sebalik bihun...




baby amirul, kak liza, ella, ustazah yatie & me



Kelmarin, sambutan Hari Raya Aidil Adha MML. Menu utama - KAMBING. 2 families buat aqiqah for their newly-borned daughter dan bermurah-hati memasak dan menjamu PENDUDUK MML pada majlis aidil adha. Merasalah makan gulai dan sup kambing. Bak kata Kak Aja, elok makan kambing bebanyak time winter nih - bagi panas badan. panas. panas. panas. Keluar James France Building sejuk balik...ayeeya kulitku mengalami proses luluhawa!!!

while I cooked bihun goreng as pot luck menu for majlis hari raya aidil adha MML.

Resepi bihun goreng
Bahan
Bihun 1 bungkus (375-400g)
Daging 1/4 kilo - potong kecil2x
Ayam 1/4 kilo - potong kecil2x, ambil part tulang juga
Udang 150g - dibuang kulitnya
Kobis (I used sweetheart cabbage, kalau king cabbage sangatlah keras...)
Karot - disagat(I used organic carrot, lebih manis.)
Bawang merah - 5 ulas
Bawang putih - 6 ulas
Bawang besar - 1 labu
Cabai kering - 2 camca
Sos Tomato - 7 camca
Sos Cili - 5 camca
Sos Tiram - 3 camca
Kicap Manis+Masin - sesedap rasa
Gula+Garam - sesedap rasa
Minyak utk menumis

Bahan Hiasan
Telur 2 biji - pukul dan buat telur dadar senipis yg boleh. Gulung dan potong membulat.
Cabai hidup
Daun bawang
P/s: nak buat bawang goreng tapi dah tak sempat...

Cara:
0. Rendam bihun semalaman...don't eva2x rendam dlm air panas. Patah bihun tu...tak cantik nanti.
1. Mesin semua bawang. Tumis dalam 5mins. Masukkan cabai kering yg dah dimesin. Biar garing dalam 10mins.
2. Masukkkan daging dan ayam + secawan air. Tambah sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap masin + manis, gula dan garam. Biar daging dan ayam empuk - 15 mins. Atau sampai kuah sedikit kering.
3. Masukkan udang. Masak 3-5mins.
4. Masukkan bihun. Kacau hingga sebati. Part nie paling malas, sib baik Pais ada tolong kacau. hehehe...
5. Last sekali tambah kobis dan karot.
6. Hias dgn Bahan Hiasan.
7. Siap untuk dihidangkan di majlis MML.

2 Comments:

Anonymous niza said...

kak, mmg pakai warna tema ker?
sumer mostly pakai baju ijau..
btw, u look great as usual :)

6:08 PM  
Blogger Fadra said...

niza,

macam berjanji ja malam tu...most of the us pakai hijau...

7:15 PM  

Post a Comment

<< Home