Sunday, January 28, 2007

Dalca Ayam [Chicken Dhal]

Pose One: Chicken Dhal


Pose Two: Chicken Dhal


Pose Three: Chicken Dhal



Dah alang2x buat nasi tomato, eloklah dimasak dalca ayam jugak. Baru NGAM.
Resepi dalca ayam nie lebih kurang gulai udang jugak cuma tambahan kacang parpu aka kacang dhal dan buah keras serta minyak sapi semasa menumis.

Bahan Utama
1/2 ekor ayam - dibuang kulit
1 cawan kacang dhal.....rebus lembut

Bahan Tumisan A
5 ulas b.merah
3 ulas b.putih
½” Halia
1 biji buah keras

Bahan Tumisan A ditumbuk kasar

Bahan Pewangi
1” kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang
3 batang bunga cengkih
1 biji bunga pelaga

Bahan Tumisan B
1/3 rempah daging/ayam (30g)
10 ulas b.merah
5 ulas b.putih
1” halia

Bahan Tumisan B ditumbuk dan dicampur rempah

Bahan Lain
Santan dari sebiji nyior
Secawan air
Kacang buncis – 10 batang (100g)
Tomato kurang ranum – 4 biji. Dibelah 4
Karot - 2 batang
Ubi Kentang - 2 biji
Garam 1 sudu teh
Minyak sapi

Cara
1) Campur Bahan Pewangi bersama Bahan Tumisan A. Tumis dg minyak sapi sehingga naik kuning sambil periuk ditudung.
2) Masukkan Bahan Tumisan B. masak perlahan-lahan selama 15-20 min – pecah minyak.
3) Masukkan ayam, karot dan ubi kentang bersama santan pati yg dicairkan dgn secawan air.
4) Masukkan kacang buncis. Masak selama 7 minit
5) Masukkan kacang dhal yg dah direbus tadi.
6) Dekat nak masak, masukkan tomato
7) Masukkan garam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home