Thursday, February 08, 2007

Crispy Cabbage

I am having French Toast for breakfast


I am having Cabbage&Egg for lunch ...


and Cabbage with Sesame Seed


Pertama kali membeli kobis di Lufbra; sungguh mengecewakan. Semua kobisnya keras-keras belaka. Baik Savoy Cabbage dan spesies Green Cabbage yang lain semuanya berkongsi karakter yang sama - daun yang keras walaupun setelah dimasak lama. Ralat sungguh kami ketika itu.
Tetapi setelah beberapa bulan di sini kami terjumpa sejenis kobis yang panjang dan pointed di hujungnya. Sweetheart cabbage namanya mungkin kerana bentuk yang seperti jantung. Apa yang menggembirakan kami ialah rasanya yang manis dan sudah tentu teksturnya yang lebih lembut.

Inilah sweetheart cabbage


Sebenarnya Kobis Sweetheart ini tergolong di dalam kelompok sayuran bermusim. Hanya boleh didapati sekitar bulan November sehingga April. Oleh sebab itu kami tidak menjumpai kobis ini di awal kedatangan kami di UK iaitu pada bulan Ogos dan hanya memperolehi Kobis Sweetheart ini di akhir November.

Sedikit tips semasa memasak Kobis Sweetheart.
Kobis ini boleh distim, direbus, atau digoreng. Berhati-hati semasa memasak kobis ini kerana teksturnya akan cepat layu apabila dimasak. Oleh itu, hanya stim untuk 5-10 minit supaya daunnya lembut tetapi masih kekal crispy; rebus kobis di dalam air yang sedia mendidih selama 5-8 minit atau goreng di dalam sedikit minyak panas (1 sudu besar)selama 4-5 minit sahaja.

Berikut adalah resepi kegemaran kami:
Kobis Telur
Hiris kobis, cili hidup dan bawang merah. Kacau bersama pukulan telur. Goreng di dalam api yang panas selama 4 minit. Sedap dimakan begitu saja...

Kobis dan Bijan
Tumis bawang putih di dalam minyak bijan. Masukkan udang (shrimp) yang dibuang kulitnya. Tambah sos tiram, gula dan garam. Akhir sekali masukkan hirisan kobis dan bawang merah. Goreng sekejap. Angkat dan tabur bijan goreng.

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

What a great recipe blog everything so looks delicious...

5:39 AM  
Anonymous Anonymous said...

sorina,

pls apologize coz' most of the recipe are in Malay. Anyway, thank you for dropping by.

1:56 PM  
Anonymous Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

4:30 PM  

Post a Comment

<< Home