Thursday, February 08, 2007

Crispy Cabbage

I am having French Toast for breakfast


I am having Cabbage&Egg for lunch ...


and Cabbage with Sesame Seed


Pertama kali membeli kobis di Lufbra; sungguh mengecewakan. Semua kobisnya keras-keras belaka. Baik Savoy Cabbage dan spesies Green Cabbage yang lain semuanya berkongsi karakter yang sama - daun yang keras walaupun setelah dimasak lama. Ralat sungguh kami ketika itu.
Tetapi setelah beberapa bulan di sini kami terjumpa sejenis kobis yang panjang dan pointed di hujungnya. Sweetheart cabbage namanya mungkin kerana bentuk yang seperti jantung. Apa yang menggembirakan kami ialah rasanya yang manis dan sudah tentu teksturnya yang lebih lembut.

Inilah sweetheart cabbage


Sebenarnya Kobis Sweetheart ini tergolong di dalam kelompok sayuran bermusim. Hanya boleh didapati sekitar bulan November sehingga April. Oleh sebab itu kami tidak menjumpai kobis ini di awal kedatangan kami di UK iaitu pada bulan Ogos dan hanya memperolehi Kobis Sweetheart ini di akhir November.

Sedikit tips semasa memasak Kobis Sweetheart.
Kobis ini boleh distim, direbus, atau digoreng. Berhati-hati semasa memasak kobis ini kerana teksturnya akan cepat layu apabila dimasak. Oleh itu, hanya stim untuk 5-10 minit supaya daunnya lembut tetapi masih kekal crispy; rebus kobis di dalam air yang sedia mendidih selama 5-8 minit atau goreng di dalam sedikit minyak panas (1 sudu besar)selama 4-5 minit sahaja.

Berikut adalah resepi kegemaran kami:
Kobis Telur
Hiris kobis, cili hidup dan bawang merah. Kacau bersama pukulan telur. Goreng di dalam api yang panas selama 4 minit. Sedap dimakan begitu saja...

Kobis dan Bijan
Tumis bawang putih di dalam minyak bijan. Masukkan udang (shrimp) yang dibuang kulitnya. Tambah sos tiram, gula dan garam. Akhir sekali masukkan hirisan kobis dan bawang merah. Goreng sekejap. Angkat dan tabur bijan goreng.

Wednesday, February 07, 2007

Superfood Spinach


Spinach Masak Air



Spinach&Egg - good for breakfast

February is my Detox Diet Month ;)Hence, I'll cook&eat more organic foods and white meats; less red meat and fast food. Let's start with spinach or I rather call it Superfood Spinach. Remember when Popeye need more energy when he going to punch+hit Brutus to save his skinny Olive - ahaks! That's Y I called it SUPERFOOD SPINACH!!!

Full recipe...

Spinach Masak Air
Tumbuk bawang putih (2 ulas). Dah garing tambah secawan air dan sos tiram+gula+garam (but than, I am in the Detox Diet regime - no need salt+sugar). Masukkan spinach+cabai hidup (hiris nipis dan buang biji) + bawang merah (3 ulas, dihiris nipis). Masak sampai spinach lembut.

Spinach+Egg
Rebus spinach sampai lembut. Toskan. Goreng telur. Angkat telur goreng dan letak atas spinach. Tuang sweet chilie sauce. Sesuai dimakan untuk breakfast.

Thursday, February 01, 2007

Karipap Daging

Karipap daging is among my fav kuih. For me, this is the kuih yg mengenyangkan - tak makan nasi sehari pun tak pa. Tapi kenalah letak daging banyak2x bukan 1kilometer baru jumpa daging. Tak syiok la. If mak buat karipap, she'll cook the inti daging with potato and big onion with black pepper. She never used keledek and rempah curry. That's y I really suka her karipap. Sekali buat 100 biji!!! Penat kelim karipap dicover dgn kenikmatan makan karipap. Kumbaya! Biasanya kalau ada leftover inti, mak akan buat pulak Capati Inti dan kalau dia malas, she'll buat Kuih Cara Berlauk. Susah nak dapat karipap inti daging lada hitam nie except kalau di Penang, bolelah dibeli di Taman Tun Sardon - sebiji 5 kupang. Ntah2x dah naik harga...Kalau di Lufbra nie, kenalah belajaq buat sendiri...uhuk.uhuk.uhuk.

Inilah inti karipap daging lada hitam. Boleh digunakan untuk CAPATI INTI, KUIH CARA BERLAUK, dan KROKET.


Buat doh kecil2x supaya senang nak rolling with pasta machine.


Tak semestinya buat bulat, 4segi pun bole...


Bentuk karipap selepas dikelim manual.


Karipap selepas digoreng.



Full recipe...
Bahan untuk inti
Ubi kentang 200g - potong kiub
Bawang basar 200g - potong kiub
Daging 200g - Potong kiub
Rempah biji 1 camca - pound
Jintan manis 1/2 sudu - pound
Lada hitam 1 sudu - pound
Bawang merah 5 ulas - pound
Bawang putih 3 ulas - pound
Serbuk kunyit - hujung sudu (f(x) - supaya inti berwarna kekuningan )
Minyak 2 camca
Garam+Gula

Metod
1. Tumis bawang merah, bawang putih, lada hitam, jintan manis, dan rempah biji.
2. Masukkan daging dan sedikit air. Masak sampai daging empuk.
3. Masukkan ubi kentang. Masak sampai empuk.
4. Last sekali, masukkan bawang besar, garam dan gula.
5. Masak sampai air kering.

Bahan untuk kulit
Tepung gandum 300g (tepung gandum ALDI bersih dan sedap dibuat masakan)
Telur 1 biji
Marjerin/butter 1 camca
Air sejuk secawan
Garam

Metod
1. Gaul butter dg tepung.
2. Pukul telur dan campur dgn adunan tepung+butter
3. Masukkan air sejuk (suhu peti ais) sedikit demi sedikit dalam adunan dan sedikit garam. Sambil2x tu gaul. Dah jadi pejal, stop masukkan air.
4. Uli sampai jadi DOH. Simpan dalam tupperware atau bekas tertutup dalam peti ais selama 30mins. Jadi doh lebih keras.
5. Dah 30mins, roll nipis2x dan buatlah apa2x bentuk yg anda suka. Masukkan inti dan kelim. Goreng.

***Tips: penggunaan air sejuk untuk dapatkan kulit karipap yg crispy
****Credits: This recipe is from my mom.